4 Benda Penting Sebelum Mulakan Perjalanan Jauh

Musim cuti panjang, cuti sekolah, cuti perayaan, cuti nak pergi kenduri dan sebarang program hujung minggu yang memerlukan anda memandu atau menunggang berejam lama nya untuk sampai ke sebuah destinasi.
Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu lakukan sebelum memulakan perjalanan jauh bagi memastikan anda tidak menghadapi sebarang kesulitan dan masalah ketika dalam perjalanan iaitu :
1.Tayar dalam keadaan baik
Pastikan tayar kenderaan anda berkeadaan baik, tidak merekah, dan bunga tayar tidak haus. Mana la tahu, dalam perjalanan nanti hujan lebat ke kan, tak pasal je tayar tiada cengkaman dengan jalan akibat bunga tayar dah haus. Dah terbabas tepi jalan. Kalau bersendirian takpe la, kalau yang berkeluarga, kan dah susah, tapi elok kita elakkan la.
2.Minyak hitam sentiasa cukup
Pastikan tiada kebocoran minyak pada enjin, kenderaan berusia ni biasa la ada bocor sikit, lagi lagi dekat head cylinder kenderaan anda. Cek dip stick minyak hitam cukup ke tak minyak hitam tu. Kalau tak cukup tambahkan dan standby 1 botol kalau kalau ada bocor lagi dalam perjalanan ke kan. Yela, tiba tiba nak berjalan jauh, mana sempat kita nak hantar bengkel nak overhaul kereta.
3. Air radiator dan wiper mesti cukup
Isi Air Radiator
Isi Air Wiper
Pastikan air untuk wiper kenderaan mencukupi, dan air radiator tak berkarat dan mencukupi. Tambah siap siap sebelum mula perjalanan terutama sekali untuk air radiator. Kalau dah berkarat tu elok la tukar air baru. Haru jugak, kalau dalam perjalanan sebab air radiator berkarat boleh buat sampai bocor radiator tu. Gatal tak tukar, radiator bocor, lepas tu temperature kenderaan naik, pun gatal nak jalan jugak, memang menempah lah head cylinder tu bengkok (mata kasar lihat memang tak bengkok, hakikatnya dah bengkok). Alamatnya tersadai la kenderaan tepi jalan tu tunggu lori towing datang. Berapa duit dah tu kena masuk bengkel.
4.Minyak dan Touch and Go
Isi minyak
Pastikan minyak diisi penuh sebelum mula perjalanan, jangan la nak tunggu dekat hentian rehat dan rawat baru nak penuhkan tangki minyak, buatnya pam minyak dekat hentian tutup untuk kerja kerja selenggara pam minyak, touch n go pun tambah nilai siap siap, jangan tunggu nak sampai dekat tol baru nak tambah nilai. Kadang kadang peel ni la yang buat jam dekat tol. Kerete kemain besau orang melaka kata tapi tambah nilai macam orang tak reti guna e wallet pula.