9 Tips bantu anak-anak biasakan diri belajar secara online akibat coronovirus

9 Tips bantu anak-anak biasakan diri belajar secara online akibat coronovirus

Ibubapa mana tak bimbang bila fikir keadaan anak-anak yang terpaksa berada di rumah untuk berbulan-bulan lagi akibat coronovirus ini.

Rutin anak-anak yang tidak membantu untuk mereka belajar dirumah. Bahkan ada yang dah merungut jadual tidur anak-anak pun dah lari dari kebiasaan.

Kalau keadaan ini berterusan, tentulah bimbang pendidikan anak-anak terjejas.

Ini 9 Tips yang boleh diusahakan untuk bantu mereka belajar di rumah secara online:-

1. Kurangkan Gangguan

‘Kuarantin Digital’ mungkin perlu untuk pastikan anak-anak fokus kepada kerja sekolah. Perlu dihadkan anak-anak dari menggunakan peralatan digital untuk siapkan kerja sekolah sehinggalah kerja sekolah selesai.

Mungkin boleh benarkan anak-anak gunakan telefon mudah alih waktu rehat yang dah ditentukan. Tetapi mesti diingatkan bahawa mereka dibenarkan guna hanya waktu rehat sahaja dan mesti buat semula kerja sekolah.

2. Sediakan ruang untuk belajar

Ramai ibubapa yang kerja dari rumah mula sediakan ruang kerja di rumah. Penting juga untuk sediakan ruang khas ‘kelas’ untuk anak-anak belajar dirumah. Anak-anak akan dapat belajar dengan baik apabila suasana senyap, selesa dan ada tempat yang khas untuk belajar.

Tempat ini mestilah berasingan dari ruang mereka bermain.

3. Khaskan waktu rehat

Sebagaimana di sekolah ada waktu rehat pada waktu tertentu, begitulah juga dirumah. Anak-anak akan dapat bagi tumpuan yang baik kalau dapat kekalkan rutin ni. Jika boleh setkan alarm sebagaimana disekolah ada loceng dan ini lebih baik.

Waktu rehat, galakkan mereka untuk hirup udara segar, regangkan otot dan lapangkan fikirkan.

4. Galakkan mereka ‘video calling‘ rakan-rakan yang lain

Anak-anak disekolah sudah biasa dengan pergaulan bersama rakan-rakan. Apabila sudah berbulan-bulan tidak bergaul tentulah mereka semakin rasa terasing.

Sekarang ini tentulah tidak selamat untuk anak-anak bergaul secara fizikal dengan rakan-rakan, jadi eloklah sekiranya bantu mereka berinteraksi melalui video calling lebih dari media sosial atau mesej whatsapp. Panggilan Video cara paling dekat untuk jumpa rakan-rakan secara bersemuka dan cara paling senang untuk mereka bersosial waktu begini. Mungkin boleh rancang waktu panggilan video dengan rakan-rakan bersama ibu bapa yang lain.

5. Berhubung dan rancang dengan ibu bapa lain

Semua ibubapa hadapi pengalaman baru sekarang ini dan mereka juga hadapi dilema yang sama seperti anda yang perlu untuk belajar norma baru dan mungkin keadaan ini akan terus kekal selagi vaksin tidak berjaya dihasilkan. Berbincang dan berkongsilah dengan ibu bapa lain, mungkin mereka dah jumpa cara terbaik untuk bantu anak-anak belajar dirumah. Boleh juga tawarkan bantuan jika mereka perlukan.

6. Jadual waktu sangatlah penting

Ibubapa yang kerja dirumah juga merasa perlu wujudkan jadual kerja, begitu juga penting untuk anak-anak mempunyai jadual waktu belajar. Jangan pandang rendah kepentingan jadual belajar. Pastikan mereka ada jadual tidur yang sama sewaktu mereka bersekolah.

Kalau sekolah tidak sediakan jadual pembelajaran online, bantu anak-anak untuk membuat jadual waktu belajar harian dan mingguan.

7. Bantu tetapkan sasaran dan matlamat belajar mereka

Dengan adanya matlamat yang jelas apa yang anak-anak perlu belajar sepanjang berada dirumah akan bantu mereka faham bahawa walaupun mereka berada dirumah, tidak bermakna mereka tidak perlu belajar.

Bantu mereka tentukan keutamaan, belajar untuk tetapkan matlamat, buat senarai tugas sebagaimana kita buat dalam urusan kerja.

8. Jangan bagi mereka rasa bahawa mereka bercuti panjang

Waktu ini, anak-anak tentu merasakan mereka sedang bercuti panjang tapi amat penting untuk peringatkan mereka bahawa pendidikan tetap menjadi kerja utama mereka.

9. Sediakan juga jadual mereka bermain

Walaupun sekarang bukanlah waktu bercuti, tetapi perlu ada masa luang juga dengan anak-anak. Tak pernah rasanya kita mempunyai luangan waktu yang banyak dengan anak-anak sebagaimana sekarang ini. Inilah masanya untuk kita bina hubungan yang akrab dengan anak-anak.

Jadikan waktu bermain sebagai hadiah buat mereka kerana dapat beri komitmen kepada jadual belajar dirumah.

Anda mempunyai tips yang baik untuk bantu ibubapa lain? hantarkan kepada kami untuk kami siarakan. Klik disini.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )