5 Sebab Kenapa Puasa semasa Covid-19 tahun 2020 berbeza

5 Sebab Kenapa Puasa semasa Covid-19 tahun 2020 berbeza

2020 catat pengalaman baru buat umat Islam di Malaysia menjalani ibadah dan aktiviti di bulan ini disebabkan Covid-19 dan arahan kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakaan.

Suasahan ini tidak pernah berlaku. Satu hari nanti bolehlah cerita pada anak-anak kenapa Ramadhan kali ni sangat berbeza.

1. Ramai Imam Tarawih kali ini.

Kali ini ramai ibubapa berpeluang untuk mengasah bakat menjadi imam Tarawih bersama keluarga disebabkan larangan kerajaan untuk adakan solat Tarawih di surau dan masjid berjemaah.

Untuk elakkan makmum bosan kerana hanya banya 3 Qul sahaja, eloklah dibuka Al-Quran dan baca dari pelbagai surah.

2. Tiada Pasar Ramadhan.

Skill memasak teruji pada kali ini disebabkan tiada Pasar Ramadhan. Tak sangka pula si isteri pandai masak macam-macam. Banyak menu pertama kali berjaya buat sejak 15 tahun kahwin.

Itu belum campur skill si suami lagi yang tak kurang hebat.

Ramadhan kali ini bagi ruang ramai mencuba resepi baru. Tidak heranlah Group Masak Apa Tak Jadi Hari ini di facebook meletup tak sampai 10 hari dengan 1juta ahli. Apa ada hal kan?

3. Pilihan makan makin banyak dengan food delivery

Selain banyak peluang pekerjaan timbul disebabkan servis food delivery ini seperti Grab Food & Food Panda , orang ramai berpeluang berbelanja untuk juadah berbukan dengan macam-macam jenis masakan hanya melalui tempahan di telefon.

Suasana ini tidak berlaku sangat pada Ramadhan yang lepas. Dengan kos serendah RM6 ke RM9 bergantung pada lokasi restoren dan tempat anda, anda dapat rasai menu baru dan menarik.

4. Masa membaca Al-Quran semakin banyak.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini, masa jadi terlalu banyak di rumah. Badan pula tidak terlalu letih kerana tidak perlu bergerak keluar dari rumah. Masa membaca Al-Quran pun semakin banyak. Jadi tak rugi kejar peluang yang dianjurkan oleh Islam dengan kelebihan yang banyak membaca Al-Quran di bulan Al-Quran, bulan Ramadhan.

5. Tadaruus ‘Zoom’

Kalau dahulu tazkirah diadakan di masjid dan surau, kali ini semuanya dilakukan melalui Video Conferrencing. Macam-macam aplikasi boleh digunakan samada Zoom, Microsoft Team, jit.su dan macam-macam lagi. Bahkan Whatsapp pun dah benarkan group video Calling seramai 8 orang.

Inilah peluang untuk berusrah, bertadarus, berkuliah melalui cara jarak jauh. Mungkin trend ini akan berterusan sehingga lepas Covid-19 dan inilah ‘new norm’ yang kita akan hadap nanti.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )