5 Kereta Wagon yang jadi kegilaan bapa-bapa muda

5 Kereta Wagon yang jadi kegilaan bapa-bapa muda

Kini kereta wagon mula mendapat tempat didalam hati bapa-bapa muda yang baru berkeluarga. Terdapat beberapa ciri yang membuatkan mereka tertarik dengan kereta wagon ini iaitu kelajuan, alat ganti yang mudah didapati dipasaran, kereta yang sesuai untuk seiisi keluarga, kereta yang mudah untuk diubahsuai.

1. Nissan Stagea

Merupakan kereta keluaran negara matahari terbit iaitu Jepun pada tahun 1993 daripada kilang Nissan, rangka depan nissan stagea ini sama dengan nissan gtr r34, ini bermakna muka depan kereta ini boleh diubahsuai kepada nissan gtr r34, apa orang kata ‘plug and play’ je. Antara faktor lain yang menjadi idaman bapa-bapa muda ialah enjin nissan stagea ini menggunakan enjin RB26DETT, merupakan enjin yang sama dengan model nissan gtr r34, enjin 2.6 liter twin turbo. Tapi model ini boleh tahan keras juga harganya walaupun telah lebih 2 dekad pengeluarannya.

2. Volvo 850 Wagon T5R

Merupakan kereta keluaran jenama Sweden iaitu Volvo model 850R Wagon, tak banyak yang boleh diubahsuai dengan model ini tetapi model ini merupakan sleeper bahasa mat-mat kereta dalam pepatah melayu, ‘diam-diam berisi’. Sebab kapasiti enjin model ini 2.3liter turbo. Hanya dengan menukar sportrim dan rendahkan kereta sikit dah hensem. Memang awek-awek dulu kata ni kereta buruk tapi kepada mat-mat kereta je tahu jangan gatal-gatal nak cucuk angin model ni.

3. Toyota Caldina GT4 N spec

Merupakan kereta keluaran jenama jepun iaitu Toyota Caldina GT4 N spec, model ini tidak dipasang di Malaysia, masa awal kemasukan model ini, harga dia memang bapa-bapa muda yang bekerjaya sahaja boleh memilikinya, kini semua bapa-bapa muda yang cintakan rupa paras kenderaan yang kacak ini mampu memilikinya. Model GT4 N spec ini berkapasiti 2.0 liter turbo. Kalau cerita pasal kuasa kuda tu. Adalah dalam 260hp, standard belum diubahsuai lagi.

4. Mitsubishi Airtrek Turbo

Mitsubishi Airtrek Turbo merupakan kereta keluaran jepun, bagi peminat-peminat kereta pasti tahu model ini menggunakan enjin evo 4wd malangnya ianya menggunakan kotak gear auto, tapi ok la kan sesuai untuk kereta keluarga tapi bagi bapa-bapa muda yang gilakan kuasa boleh pakai gearbox evo selain itu, alat ganti bagi model ini juga mudah didapati serta boleh didapati dari model lancer evo. Model ini diantara model mampu milik.

5. Mitsubishi Lancer Evo 9 Wagon

Model Evo kedua terakhir sebelum ditamatkan riwayat keturunan evo. Merupakan satu-satunya model Evo Wagon. Hanya terdapat beberapa ribu pengeluaran sahaja untuk model ini. Kapasiti enjin 2.0 liter turbo, model ini kalau pakai memang bapa-bapa muda yang mewarisi harta bapa, tak pun yang memang pomen berjaya je mampu pakai yang ini. Harga dia boleh tahan. Boleh terburai poket.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )