5 cara rancang kewangan anda ketika Gawat

5 cara rancang kewangan anda ketika Gawat

Di saat kegawatan ekonomi yang mencabar ini, masih ramai di kalangan kita yang gagal menguruskan kewangan dengan baik dan sistematik..semoga tips ini membantu kita untuk menabung seterusnya memiliki simpanan peribadi..

1. Rancang Perbelajaan Harian

Setiap kali gaji masuk, berbelanja lah mengikut kadar kemampuan kita..jangan membazir dan boros berbelanja.. Antara langkah untuk jimatkan perbelanjaan adalah dengan cara memasak sendiri di rumah..makanan juga terjamin bersih,malah boleh di makan seisi keluarga.

setiap kali berbelanja, kita digalakkan untuk membuat rekod pembelian seterusnya kita boleh memantau segala perbelanjaan kita setiap bulan.

2. Elakkan Penggunaan Kad Kredit

Kad kredit sangat berguna untuk hal-hal kecemasan, namun awas…gunakan kad kredit hanya pada perkara yang perlu sahaja supaya kita dapat mengawal perbelanjaan dengan berhemah.

Penggunaan kad kredit tanpa kawalan boleh menyebabkan anda terjerumus dengan hutang yang banyak sehingga dalam satu keaadaan anda tidak mampu untuk membayar hutang tersebut,anda berisiko mendapat rekod yang buruk pada CCRIS.

3. Simpanan Tabung Warna

Setiap bulan, pastikan anda mengasingkan satu warna dari koleksi duit di dalam poket anda untuk dijadikan sebagai simpanan. Sebagai contoh,anda boleh mengasingkan warna oren setiap kali menggunakan duit belanja..Duit bewarna oren hendaklah di masukkan ke dalam tabung dan tidak di gunakan..teruskan tabiat ini setiap bulan, anda pasti akan tersenyum gembira melihat hasil tabungan anda!

4. Elakkan Pembelian Secara Online

Zaman teknologi di hujung jari ini sedikit sebanyak memudahkan urusan kita berurusniaga..namun hati hati ye..berjimat cermatla ketika berbelanja…belilah barang sekadar keperluan sahaja bukan kerana kehendak semata-mata..jangan mudah tergoda dengan iklan2 promosi yang ditawarkan,apapun ukur baju di badan sendiri dahulu ye!

5. Wujudkan Akaun Simpanan Khas

Asingkan siap-siap duit gaji kita sekurang-kurangnya 10% untuk di simpan di akaun simpanan khas tersebut..Duit ini tidak boleh di usik kecuali hal-hal kecemasan sahaja..Apabila kita memerlukan wang, kita dah ada simpanan sendiri! bak kata pepatah..sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Jadi tunggu apa lagi..jom menabung dari sekarang..

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )