4 Pesanan Allahyarham Dato Ismail Kamus

4 Pesanan Allahyarham Dato Ismail Kamus

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Dato Islamil Kamus meninggal dunia dibulan yang mulia bulan Ramadhan tahun 2020 dan semoga Allah ampunkan dosanya. Inilah antara 4 pesanan beliau kepada kita.

1. Solat jangan tinggal

Solat fardu dan solat sunat. Pengorbanan kita adalah yang sunat kerana yang wajib tu dah mesti dilaksanakan.

2. Baca Al-Quran jangan tinggal.

Kena korbankan masa kita baca Al-Quran, sekurang-kurangnya seratus ayat sehari. Apabila nak tidur, baca 3 surah iaitu Al-Mulk, As-Sajdah, Al-Waqiah. Pagi-pagi baca surah biasa.

3. Wirid jangan tinggal

Sekurang-kurang zikir ‘Ya Allah’ seratus kali sehari. ‘Lailaha Ilallah’ 300 kali. Salawat 100 kali. Korbankan masa. Jangan tengok televisyen. Dah tua-tua tengok cerita kartun, malu dengan orang. Baru-baru ini ulama dari Mekah datang (dan nasihatkan) kalau boleh Salawat 1000 kali pagi, tengari dan malam. Kitab kecil sebutkan 100 kali.

Jangan tunggu masa lapang, kitalah yang melapangkan masa. Jangan tunggu orang mati baru nak tahlil.

Isthighfar di waktu sahur sebagaimana Nabi S.A.W sekurang-kurangnya 70 kali.

4. Sedekah jangan tinggal

Sekurang-kurang hari jumaat. Gaji RM5,000 bagilah RM50. Jangan gaji RM5,000 bagi sepuluh sen. Sedekah salah satu cara untuk sihat badan dan panjang umur.

Nasihat beliau diterbitkan di channel Ar-RahmanTV

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )