10 Sebab Kenapa Zaman Ekonomi Meleset Masa Terbaik Mula Berniaga

10 Sebab Kenapa Zaman Ekonomi Meleset Masa Terbaik Mula Berniaga

Dalam ekonomi meleset ini ramai yang tertekan, tapi di sini mungkin ada berita baik yang kami nak kongskikan kepada yang tak berputus asa.

Tak semuanya buruk dalam keadaan ekonomi meleset. Banyak syarikat hebat lahir semasa ekonomi meleset.

Ini 10 sebab kenapa waktu macam ini waktu terbaik untuk mula berniaga:

1. Banyak inovasi lahir wakut meleset

Ekonomi meleset ni akan cipta banyak masalah. Syarikat-syarikat yang tengah bermasalah akan kurangkan pelaburan untuk inovasi baru. Dalam masa sama banyak masalah baru timbul kepada pengguna dan syarikat-syarikat yang mana inilah peluang yang sedang bergolek kepada usahawan baru. Food Grab, Food Panda, Online Store, Logistik antara contoh yang berlaku.

2. Syarikat besar tengah pening

Banyak syarikat besar memilih untuk kecilkan operasi dan saiz syarikat atau sekurang-kurang hibernasi sebentar. Jack Ma sebut, waktu ini adalah masa untuk syarikat pastikan terus hidup, tak perlu fikirkan berkenaan impian atau rancangan baru. Syarikat yang tak bertahan akan gulung tikar. Sebaliknya startup atau perniagaan baru lebih anjal dan fleksibel, selagi mana boleh tangung diri sendiri atau jaga belanja syarikat yang kecil, mungkin badai ekonomi ni tak terasa sangat.

3. Orang ramai nak berjimat

Perbelanjaan yang kecil untuk tampung perniagaan baru yang kecil, boleh untuk letak harga yang lebih murah dari pesaing. Pelanggan syarikat  besar akan lebih berhati-hati untuk berbelanja dan cari alternatif yang lebih murah. Mungkin ini masanya anda cuba dampingi mereka. Buat kerja baik-baik sehingga dapat kepercayaan (trust), mungkin hubungan anda dengan pelangan akan terus bertahan selepas zaman meleset.

4. Banyak pekerja bagus tak ada kerja

Zaman meleset, banyak syarikat akan gulung tikar atau kecilkan operasi. Ramai kakitangan yang berpengalaman dan bagus terpaksa diberhentikan. Pada waktu ini, kita akan jumpa ramai calon pekerja yang berkelayakkan, berpengalman dan bagus. Bila anda perlukan lebih tenaga kerja, anda mudah untuk dapatkannya.

5. Barang tengah murah

Ekonomi lemah maksudnya syarikat yang semakin menguncup akan jual sebahagian aset. Maksudnya, banyak barang akan jadi lebih murah. Kos awal syarikat anda jadi lebih rendah bila harga untuk perabot dan pejabat yang semakin banyak kosong akan didapati lebih murah. Bahkan tenaga kerja yang bagus pun terpaksa minta gaji dan benefit yang lebih rendah berbanding waktu ekonomi tengah baik.

6. Kadar faedah turun, hutang jadi lebih murah

Bank Negara biasanya akan kurangkan kadar faedah untuk pastikan kuasa beli rakyat dapat ditingkatkan. Faedah lebih rendah bermaknya kos pinjaman kita lebih rendah untuk mula berniaga berbanding apabila ekonomi tengah kuat, kadar faedah dinaikkan untuk kekang inflasi. Bahkan semasa krisis berkembar Covid-19 dan ekonomi 2020, Bank Negara buat inisitif moratorium untuk pastikan pengguna boleh berbelanja.

7. Pesaing akan kurang.

Masa ekonomi tengah baik, semua berlumba-lumba mula berniaga dan ada yang terus buat pinjaman dan tersontot. Tak ramai nak mula berniaga waktu ekonomi meleset sebab kemudahan pinjaman makin sukar.

8. Pelabur bijak dan berduit tengah intai peluang

Kalau ditakdirkan anda memang perlukan modal awal untuk beli mesin atau peralatan sebagai contoh dan ini tak dapat dielakkan, sebenarnya masih ada pelabur-pelabur bijak diluar tengah intai peluang pelaburan baru. Bila ekonomi merosot, ramai pelabur yang lari dari pasaran saham dengan duit mereka dan cari peluang pelaburan baru.

9. Kemelesetan bagi usahawan baru ruang berunding

Ramai vendor yang akan ada longgokkan produk bila ekonomi lemah. Kalau syarikat baru anda bergandung kepada pembekal semacam ini, inilah masanya anda untuk berunding dapatkan terma yang baik. Mungkin harga yang ditawarkan itu kekal sehingga selepas ekonomi pulih. Kalau ekonomi tengah bagus, sebahagian vendor tengok sebelah mata sahaja syarikat-syarikat baru ni.

10. Anda akan mula secara sederhana dengan mindset yang betul

Perniagaan baru yang mula waktu ekonomi meleset tentulah akan mula dengan lean startup atau secara sederhana. Pemikiran ni perlu kekal bersama anda walaupun selepas ekonomi telah pulih dalam masa sama anda boleh naikkan margin keuntungan dan kekalkan kos pada kadar yang rendah.

Tulisan asal di 10 Reasons The Best Time To Start A Business Is During A Downturn dengan terjemahan dan adaptasi oleh kotaraya.net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )